Siapa bakal pengganti Ebrahim Raisi?

Dari kiri: Mohammad Baqer Qalibaf, Saeed Jalili, Masoud Pezeshkian dan Mostafa Pourmohammadi. Foto Agensi
Dari kiri: Mohammad Baqer Qalibaf, Saeed Jalili, Masoud Pezeshkian dan Mostafa Pourmohammadi. Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Kira-kira 61 juta rakyat Iran layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Presiden ke-14 yang berlangsung Jumaat bagi memilih pengganti Ebrahim Raisi yang terkorban nahas helikopter bulan lalu.

Pemilihan itu menyaksikan persaingan antara bekas ketua perunding nuklear, Saaed Jalili; Speaker Parlimen, Mohammad Baqer Qalibaf; bekas Menteri Dalam Negeri, Mostafa Pourmohammadi dan bekas Menteri Kesihatan, Masoud Pezeshkian.

Sehari sebelum pilihan raya tersebut, bekas Naib Presiden, Amir-Hossein Ghazizadeh Hashemi dan Datuk Bandar Teheran, Alireza Zakani dilaporkan menarik diri secara rasmi.

Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei turut membuang undi sejurus pusat pengundian dibuka.

“Saya menggesa rakyat negara ini supaya keluar mengundi dan mengambil serius proses ini. Pilihan raya adalah hari gembira buat semua,” katanya.

Keputusan awal dijangka diumumkan pada pagi Sabtu (waktu tempatan), manakala keputusan rasmi pada keesokan harinya.

Jika tiada calon meraih 50 peratus undi, pusingan kedua bakal diadakan pada 5 Julai depan, buat kali kedua seperti pemilihan pada 2005. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!