Wanita OKU ditahan biar anak duduk di tingkap kereta

Tular video berdurasi 28 saat menerusi aplikasi Tik Tok memaparkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di bahagian tingkap terbuka bahagian hadapan sebuah kenderaan.
Tular video berdurasi 28 saat menerusi aplikasi Tik Tok memaparkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di bahagian tingkap terbuka bahagian hadapan sebuah kenderaan.
A
A
A

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Tindakan seorang wanita kurang upaya membiarkan anaknya duduk di bahagian tingkap ketika kereta sedang bergerak mengundang padah apabila ditahan pada Jumaat.

Kejadian sebelum itu dirakam seorang pengguna jalan raya sebelum memuat naik di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan video kejadian kira-kira jam 11.15 pagi.

"Video memaparkan kejadian dikesan berlaku pada jam 1.15 petang di kawasan Jalan Suadamai Bandar Tun Hussein Onn, pada 21 Jun lalu.

"Semakan menerusi video terbabit memaparkan tindakan berbahaya seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di tingkap terbuka sebelah pintu hadapan kiri pemandu sebuah kenderaan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siasatan dan maklumat yang diperoleh kemudian membawa tangkapan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit.

"Wanita berumur 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.50 petang oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang selain kenderaan yang terlibat turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Wanita terbabit disahkan seorang orang kurang upaya (OKU) fizikal iaitu buta sebelah mata manakala kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun yang tular di dalam video tersebut juga merupakan kanak-kanak OKU," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Ibu bapa dan masyarakat dinasihatkan tidak melakukan perkara yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak serta pengguna lain dan lebih berhemah di jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-29667474 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya.

Pada Jumaat, tular video berdurasi 28 saat menerusi aplikasi TikTok memaparkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di bahagian tingkap terbuka bahagian hadapan sebuah kenderaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!