Pasar raya simpan produk makanan halal bercampur babi diserbu

Hasil pemeriksaan mendapati bilik sejuk pasar raya terbabit ada menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal terdiri daripada nuget ayam, keju, mentega, buah-buahan dan daging babi.
Hasil pemeriksaan mendapati bilik sejuk pasar raya terbabit ada menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal terdiri daripada nuget ayam, keju, mentega, buah-buahan dan daging babi.
A
A
A

SANDAKAN - Nuget ayam, keju, mentega dan buah-buahan antara produk yang disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan selepas didapati bercampur dengan daging khinzir dalam bilik sejuk di sebuah pasar raya di sini, pada Jumaat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, satu serbuan dibuat di pasar raya berkenaan kira-kira jam 10.50 pagi melibatkan 11 anggota dari KPDN Cawangan Sandakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DOVS) Cawangan Sandakan.

Penguat kuasa KPDN Sandakan melakukan pemeriksaan di bilik sejuk sebuah pasar raya yang didapati menyimpan produk makanan bercampur dengan daging khinzir.
Penguat kuasa KPDN Sandakan melakukan pemeriksaan di bilik sejuk sebuah pasar raya yang didapati menyimpan produk makanan bercampur dengan daging khinzir.

"Hasil pemeriksaan mendapati bilik sejuk pasar raya terbabit ada menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal terdiri daripada nuget ayam, keju, mentega, buah-buahan dan daging babi.

"Sebanyak 1,016.88 kilogram produk sejuk beku tersebut telah disita dengan nilai rampasan keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM10,686.80," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, serbuan itu berjaya dilakukan hasil perkongsian maklumat daripada DOVS Cawangan Sandakan.

"Kes ini akan disiasat selanjutnya di bawah Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

"Jika sabit kesalahan di bawah undang-undang ini, suatu pertubuhan perbadanan (Syarikat) boleh didenda tidak melebihi RM5,000,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM10,000,000.

Artikel Berkaitan:

"Bagi individu pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

"Sementara itu, bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM5,000,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!