Bersatu letak calon tanding PRK Nenggiri

Muhyiddin ketika menyantuni pengundi di Unit Daerah Mengundi Puteri Gunung di Simpang Ampat, pada Jumaat.
Muhyiddin ketika menyantuni pengundi di Unit Daerah Mengundi Puteri Gunung di Simpang Ampat, pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI BAKAP – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meletakkan calonnya untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos depan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu telah dibuat sebelum ini berikutan kerusi berkenaan memang milik Bersatu.

Menurutnya, kini pihaknya sedang mengenal pasti calon yang sesuai untuk ditampilkan pada PRK yang akan diadakan nanti.

"Kita telah aturkan dan mulakan gerak kerja di peringkat awal.

"Malah, apabila SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengumumkan tarikh untuk mengadakan PRK, kerja-kerja lain kita akan mula susun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas turun berkempen di Unit Daerah Mengundi Puteri Gunung di Simpang Ampat di sini.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, pihaknya tidak boleh mengambil mudah PRK Nenggiri walaupun ia berlangsung di Kelantan.

"Walaupun ia di Kelantan dan nampaknya sokongan yang lepas pun agak baik, kita juga tidak boleh ambil mudah kerana ia adalah satu PRK, jadi mungkin pihak lain juga akan turun bekerja memenangkan calon mereka.

"Namun bagi kita, kita telah pun bersedia," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, SPR menetapkan PRK DUN Nenggiri, Kelantan diadakan pada 17 Ogos depan.

Ia berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Bersatu letak calon tanding PRK Nenggiri #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Politik #PilihanRaya #PRK #Bersatu #Calon #DUN #Nenggiri

News - AShamaluevMusic