Koronavirus: Lapan warga China dikuarantin di Johor

Boon Chye (tiga dari kiri) melawat kaunter kesihatan yang ada di balai ketibaan LTSAS sebagai langkah awal wabak koronavirus.
Boon Chye (tiga dari kiri) melawat kaunter kesihatan yang ada di balai ketibaan LTSAS sebagai langkah awal wabak koronavirus.
A
A
A

IPOH - Lapan warga China yang tiba bersama seorang mangsa positif wabak koronavirus di Singapura telah dikuarantinkan di sebuah hotel di Johor.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kesemua pelancong itu yang tiba di negara semalam, telah diasingkan dan dipantau lanjut oleh pasukan kesihatan.

“Mereka diasingkan di sebuah hotel di Johor Baharu dan sedang dipantau sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.

“Mereka bukanlah pesakit tetapi kita perlu melihat sama ada berlakunya tanda-tanda simptom atau tidak kerana mereka ada kaitan dengan kes dari mangsa di Singapura itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Boon Chye mengesahkan negara masih lagi bebas daripada wabak itu.

Boon Chye melawat balai ketibaan LTSAS ketika menerima kehadiran penumpang dari Singapura yang tiba di Ipoh hari ini.
Boon Chye melawat balai ketibaan LTSAS ketika menerima kehadiran penumpang dari Singapura yang tiba di Ipoh hari ini.

“Semalam dilaporkan empat kes disyaki virus itu dan kesemuanya telah diperiksa dan bebas daripada koronavirus setakat ini.

“Kita akan terus membuat saringan supaya tindakan awal dapat diambil sekiranya ada kes sedemikian melepasi sempadan.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan pertingkatkan peralatan untuk saringan suhu badan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara,” katanya.

Semalam, media Singapura melaporkan seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak koronavirus di negara seberang tambak itu.

Lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin dan menginap di Resort Shangril-La Rasa Sentosa.

Laporan itu turut menyebut lapan individu dari kumpulan yang tiba bersamanya ke Singapura sudah pun berangkat pulang dari negara berkenaan dan kementerian sudah menghubungi pihak berkuasa negara yang mereka tujui.

ARTIKEL BERKAITAN KKM sahkan empat pesakit bebas jangkitan koronavirus

Singapura sahkan kes pertama jangkitan koronavirus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!