DNB umum penyelesaian SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih

No Image Caption
A
A
A

DIGITAL Nasional Berhad (DNB) telah melengkapkan Perjanjian Langganan Saham (SSA) bersama empat syarikat pegendali rangkaian mudah alih iaitu CelcomDigi Berhad, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

Susulan itu, empat syarikat telekomunikasi berkenaan kini memiliki 65 peratus saham ekuiti dalam DNB manakala kerajaan menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.) mengekalkan 34.9 peratus pegangan dan Saham Khas untuk tempoh yang ditetapkan.

DNB berkata, perkara itu berikutan kepuasan terhadap syarat-syarat SSA terdahulu pada 20 Jun 2024 untuk keempat-empat syarikat meningkatkan pegangan ekuiti dalam DNB.

"Untuk Telekom Malaysia Berhad (TM), tarikh syarat terhenti pada 21 Ogos ini dengan andaian sekiranya TM berjaya melengkapkan SSA, kepentingan MoF Inc. akan berkurangan kepada 30 peratus.

"Sekali gus secara kolektif lima syarikat berkenaan memegang 70 peratus kepentingan dalam DNB," menurutnya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada 1 Disember 2023, DNB dan MoF Inc. memeterai SSA dengan lima syarikat telekomunikasi bagi membolehkan lima syarikat pengendali rangakaian mudah alih tersebut menyertai DNB melalui pemilikan ekuiti.

Menurut DNB, mereka kekal fokus untuk menyampaikan rangkaian 5G bertaraf dunia dan memacu penggunaannya ke seluruh negara bagi merealisasikan aspirasi digital Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!