Lelaki ditahan isi diesel berulang kali

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang lelaki disyaki membuat pembelian minyak diesel secara berulang di sebuah stesen minyak dekat Rantau Panjang pada Rabu lepas.

Pengarah berkenaan, Azman Ismail berkata, lelaki berusia 30-an itu dikesan membuat pembelian minyak diesel berjumlah RM132.03 pada jam 12.20 tengah hari dan RM200 selang 55 minit kemudian.

"Lelaki terbabit ditahan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki terlibat penyelewengan minyak diesel ketika operasi dijalankan penguat kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas dengan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 60 liter minyak diesel bernilai RM200 turut dirampas.

Kes katanya, disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala stesen minyak itu turut disiasat mengikut akta sama kerana melanggar Arahan Pengawal Bekalan KPDN.

Dalam pada itu Azman berkata, pihaknya menyita anggaran 100 liter minyak petrol dalam tangki ubah suai sebuah kereta jenis Perodua Kenari di tepi jalan Kampung Simpangan, Tumpat kira-kira jam 11 pagi, Rabu lepas.

Pemandu kenderaan yang menyedari kehadiran pasukan ketika melaksanakan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan telah menghilangkan diri dan meninggalkan kenderaannya di bahu jalan, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!