Naik kapal terbang guna pasport anak

Lenesha Riley menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Luton di London ke Berlin, selepas secara tidak sengaja menggunakan pasport bayinya. - Foto SWTP
Lenesha Riley menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Luton di London ke Berlin, selepas secara tidak sengaja menggunakan pasport bayinya. - Foto SWTP
A
A
A

BERLIN - Kakitangan lapangan terbang di United Kingdom tidak menyedari seorang wanita menaiki penerbangan ke Jerman menggunakan pasport anak lelakinya.

Wanita tersebut, Lenesha Riley, 33, yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Luton di London, United Kingdom ke Berlin, Jerman hanya menggunakan dokumen bayinya, namun dilakukan secara tidak sengaja.

Riley yang juga seorang pelajar hanya menyedari menggunakan dokumen anaknya, Josiah sehingga tiba di ibu negara Jerman, semasa pemeriksaan di kaunter pasport.

Wanita tersebut yang berasal dari selatan London terkandas di bandar raya itu dan tidak dapat pulang ke negaranya.

Dia kemudiannya terpaksa meminta pertolongan sepupunya dan terpaksa mengeluarkan GBP186 (RM994) untuk menaiki penerbangan ke Berlin bagi membawa pasportnya yang sah.

Riley mendakwa insiden tersebut tidak disengajakan meskipun pegawai di Luton mengimbas dokumen tersebut.

"Takutnya bila fikir orang lain boleh keluar dan masuk negara menggunakan pasport berbeza. Ia sudah tentu merupakan satu risiko keselamatan," katanya.

Lenesha Riley menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Luton di London ke Berlin, selepas secara tidak sengaja menggunakan pasport bayinya. - Foto SWTP
Lenesha Riley menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Luton di London ke Berlin, selepas secara tidak sengaja menggunakan pasport bayinya. - Foto SWTP

Artikel Berkaitan:

Pegawai Imigresen Berlin membenarkannya masuk ke negara itu selepas seorang saudaranya menghantar salinan pasportnya.

Riley berkata, dia tidak percaya sebuah syarikat penerbangan tambang murah di British itu membenarkannya menaiki penerbangan tanpa mempersoalkan dokumennya.

Sementara itu, seorang jurucakap syarikat penerbangan tersebut, Easy Jet berkata, "Puan Riley melalui pemeriksaan keselamatan penuh untuk pelepasan, namun pemeriksaan visual tambahan dilakukan untuk berlepas perlu bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

"Kita sedang menyiasat bagaimana dia boleh menaiki penerbangan dari Luton ke Berlin tanpa dokumen yang sah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!