Nilofa Group mohon maaf isu promosi produk guna imej lucah

Permohonan maaf daripada Nilofagroup yang dimuatnaik menerusi IG.
Permohonan maaf daripada Nilofagroup yang dimuatnaik menerusi IG.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak sampai 24 jam selepas melancarkan produk mengeratkan hubungan suami isteri, isterix, syarikat Nilofa Group tampil memohon maaf di atas kekhilafan berlaku.

Syarikat yang difahamkan milik usahawan selebriti, Neelofa itu memuat naik permohonan maaf selepas teruk menerima kecaman daripada warganet.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) syarikat itu, kenyataan mohon maaf tersebut dibuat secara terbuka susulan mengaitkan penggunaan imej berbaur lucah atau 'soft porn' bagi promosi produk.

"Pihak isterix memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang telah dihasilkan. Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini.

"Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang," menurut kenyataan itu.

Terdahulu menerusi hantaran di akaun @nilofagroup, imej buah pic yang dipaparkan mengundang kritikan warganet dengan mengatakan ia memberi gambaran seakan menyerupai alat sulit wanita.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: