Konflik baharu Hizbullah-Israel bakal cetus apokaliptik

Kampung Kfarshuba selatan Lubnan yang menjadi sasaran pengeboman tentera Israel baru-baru ini. - AFP
Kampung Kfarshuba selatan Lubnan yang menjadi sasaran pengeboman tentera Israel baru-baru ini. - AFP
A
A
A

BEIRUT - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa konflik baharu Hizbullah-Israel di Lubnan berpotensi mencetuskan malapetaka dahsyat atau apokaliptik.

Ketika ini, sempadan di Lubnan dan Palestin menyaksikan pertukaran serangan balas antara tentera Israel serta kumpulan pejuang Hizbullah yang disokong Iran sejak serangan 7 Oktober lalu.

Jet pejuang Israel melakukan rondaan di sempadan Lubnan ketika konflik Hizbullah sedang kemuncak. - AFP
Jet pejuang Israel melakukan rondaan di sempadan Lubnan ketika konflik Hizbullah sedang kemuncak. - AFP

Kebimbangan disuarakan badan dunia itu boleh meningkat menjadi perang besar-besaran sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila serangan rentas sempadan dilihat semakin sengit.

Tambahan pula, tindakan Israel mendedahkan bahawa Kabinet Perang telah meluluskan rancangan menyerang Lubnan telah mendorong ancaman baharu daripada ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah.

Anggota pasukan kecemasan menghampiri kereta yang hangus dibom tentera Israel di bandar al-Khiyara, barat Lubnan. - AFP
Anggota pasukan kecemasan menghampiri kereta yang hangus dibom tentera Israel di bandar al-Khiyara, barat Lubnan. - AFP

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin memberitahu Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant bahawa pengisytiharan perang dengan Hizbullah akan mendatangkan akibat buruk di Timur Tengah dan menggesa penyelesaian diplomatik.

Pada Rabu, Jerman mengulangi amaran Kanada yang meminta rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu.

Artikel Berkaitan:

Seorang lelaki berjalan melepasi bangunan kediaman yang ranap selepas dibom tentera Israel di kampung Khiam berhampiran sempadan Lubnan- Palestin. - AFP
Seorang lelaki berjalan melepasi bangunan kediaman yang ranap selepas dibom tentera Israel di kampung Khiam berhampiran sempadan Lubnan- Palestin. - AFP

“Ketegangan semakin meningkat semasa di kawasan sempadan dengan Israel boleh merebak pada bila-bila masa,” kata nasihat Kementerian Luar Negeri yang dikemas kini di Berlin.

Penyelaras kemanusiaan PBB, Martin Griffiths berkata, konflik di Lubnan akan mencetuskan malapetaka dahsyat baharu merentasi sempadan dan dibimbangi merebak ke rantau lain.

“Ia di luar perancangan. Ia berpotensi menjadi apokaliptik.

“Peperangan yang melibatkan Lubnan akan menarik di Syria. Ia akan menarik yang lain dan ia sangat membimbangkan,” jelas Griffiths.

Anggota pertahanan awam Lubnan memerikan kawasan yang menjadi serangan tentera Israel di kampung Khiam, berhampiran sempadan Lubnan. - AFP
Anggota pertahanan awam Lubnan memerikan kawasan yang menjadi serangan tentera Israel di kampung Khiam, berhampiran sempadan Lubnan. - AFP

Agensi berita nasional Lubnan melaporkan kira-kira 10 serangan Israel ke atas kawasan berhampiran sempadan pada hari Rabu, termasuk satu sekitar jam 10 malam Rabu telah memusnahkan sebuah bangunan di Nabatiyeh dan mencederakan lima orang.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak mengeluarkan kenyataan mengenai serangan tersebut.

Hizbullah pada Rabu mendakwa enam serangan di kedudukan Israel, di wilayah sempadan telah mencetuskan kebakaran besar-besaran. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!