A Quiet Place: Day One sarat debaran

A Quiet Place: Day One sarat debaran.
A Quiet Place: Day One sarat debaran.
A
A
A

KEJAYAAN dua siri filem terdahulu iaitu A Quiet Place (2018) dan A Quiet Place Part II (2020) telah memberi idea kepada Brad Fuller, Andrew Form, Michael Bay dan John Krasinski untuk menghasilkan naskhah prekuel mengenai kewujudan makhluk asing yang sensitif terhadap bunyi.

A Quiet Place: Day One, akan membawa penonton kembali ke hari pertama, di mana kucar-kacir bermula selepas makhluk yang tidak diketahui menyerang bumi menerusi bandar paling sibuk, New York.

Lupita Nyong’o sebagai Samira and Joseph Quinn sebagai Eric dalam A Quiet Place: Day One.
Lupita Nyong’o sebagai Samira and Joseph Quinn sebagai Eric dalam A Quiet Place: Day One.

Tidak lagi menampilkan keluarga Abbott, filem yang kali ini diarahkan Michael Sarnoski itu mempertaruhkan barisan pelakon tidak kurang hebatnya seperti Lupita Nyong'o, Joseph Quinn, Alex Wolff dan Djimon Hounsou.

Filem ini secara ringkasnya mengenai Samira atau Sam yang tinggal di sebuah pusat penjagaan dan dipelawa untuk menyertai beberapa rakan lagi ke Manhattan oleh penjaganya, Reuben.

Lupita Nyong'o berjaya menyampaikan karakter Samira dengan cukup baik.
Lupita Nyong'o berjaya menyampaikan karakter Samira dengan cukup baik.

Bagaimanapun ketika bertekak dengan Reuben untuk mendapatkan piza yang diidamkan, mereka dikejutkan dengan panggilan untuk segera pulang ke pusat penjagaan. Namun perancangan itu tidak berjalan lancar apabila penduduk di Manhattan mula diserang oleh makhluk yang tidak diketahui asal-usulnya, termasuklah Sam dan rombongannya.

Dalam pergelutan untuk kekal hidup bersama kucing yang setia, Frodo, Sam berkenalan dengan seorang pelajar undang-undang, Nick, yang pada akhir membawanya melayari semula kisah silam di bandar tersebut.

Artikel Berkaitan:

Penulis mengharapkan lebih banyak gandingan mereka bertiga dalam filem ini, namun sayangnya tidak menjadi kenyataan.
Penulis mengharapkan lebih banyak gandingan mereka bertiga dalam filem ini, namun sayangnya tidak menjadi kenyataan.

Pada pandangan penulis, walaupun anda tidak pernah menyaksikan dua filem terdahulu, A Quiet Place: Day One menceritakan semula detik apokalip di bumi sehingga semua orang dipaksa untuk diam bagi mengelakkan menjadi mangsa serangan makhluk tanpa mata itu.

Perjalanan filem ini juga tidak sukar difahami, Sarnoski tidak membiarkan penonton menunggu lama sebelum dunia menjadi huru-hara.

Setiap apa yang berlaku mengundang debaran.
Setiap apa yang berlaku mengundang debaran.

Bagaimanapun momentum debaran dan kekacauan itu tidak konsisten. Ada ketikanya penulis melihat ada kelompongan dalam beberapa babak, ditambah pula filem ini tidak melibatkan banyak dialog.

Ada beberapa persoalan yang masih kekal tidak terjawab seperti bagaimanapun makhluk tersebut boleh sampai ke bumi dan apa yang mahu dicari, serta terbaharu, bagaimana Nick berada di kawasan takungan air.

Namun dari sudut kejutan atau jump scare dan susunan babak aksi, penulis kagumi hasil kerja Sarnoski yang kemas. Bayangkan ketika anda fokus pada sesuatu babak, tiba-tiba anda dikejutkan dengan wajah hodoh makhluk tersebut dan usaha keras setiap watak untuk kekal hidup.

Antara tarikan lain untuk filem ini adalah lakonan mantap Nyong'o dan Quinn. Mereka ibarat saling melengkapi dan memberi emosi sehingga berjaya menyentuh hati penonton.

Cuma secara peribadi, penulis harapkan Wolff dan Hounsou diberi lebih babak dan plot menarik bersama Nyong'o. Mungkin 'fame' itu akan diberikan dalam filem lain selepas ini, mana tahukan.


A Quiet Place: Day One

PENGARAH: Michael Sarnoski

PELAKON: Lupita Nyong'o, Joseph Quinn, Alex Wolff, Djimon Hounsou

GENRE: Seram / Thriller

DURASI: 1 Jam 39 Minit

KLASIFIKASI: P13

TAYANGAN: 27 Jun 2024

BINTANG 3.5 / 5

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!