Anwar luang masa bertemu pelakon Kamal Haasan, bertukar pandangan industri filem

Anwar (kiri) meluangkan masa bertemu dengan pelakon Kamal Haasan (dua, kanan) di Pangkalan Udara Subang pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar (kiri) meluangkan masa bertemu dengan pelakon Kamal Haasan (dua, kanan) di Pangkalan Udara Subang pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, meluangkan masa bertemu dengan pelakon terkenal India, Kamal Haasan, yang kini berada di Malaysia bagi mempromosikan filem ‘Indian 2’.

"Dalam sela-sela tugasan rasmi, saya sempat meluangkan masa bersama seniman dan ‘superstar’ tersohor India, Kamal Haasan.

"Kesempatan yang ada kira-kira 30 minit itu, digunakan untuk berbicara dan bertukar pandangan terkait industri perfileman termasuk ketegasan terhadap rasuah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kamal, 70, berada di ibu negara untuk mempromosikan filem ‘Indian 2’, iaitu sekuel filem blockbusternya pada 1996 ‘Indian’.

Anwar (dua, kiri) bersama pelakon legenda filem Tamil, Kamal Haasan (dua, kanan) di Pangkalan Udara Subang pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar (dua, kiri) bersama pelakon legenda filem Tamil, Kamal Haasan (dua, kanan) di Pangkalan Udara Subang pada Jumaat. Foto Bernama

Filem ‘Indian’ yang dikeluarkan pada 1996, menampilkan Kamal sebagai pejuang kemerdekaan memberontak menentang rasuah di India sekali gus mewujudkan konflik dengan anaknya yang terlibat dalam amalan rasuah.

Filem itu menjadi filem Tamil yang menerima kutipan tertinggi selepas ditayangkan, serta merupakan penyertaan India untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi pada 1996, walaupun ia tidak menerima pencalonan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: