Polis buru lelaki curi pakaian disidai di ampaian

Tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak memanjat pagar sebuah rumah dipercayai cuba mencuri pakaian yang disidai di ampaian.
Tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak memanjat pagar sebuah rumah dipercayai cuba mencuri pakaian yang disidai di ampaian.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri beberapa helai pakaian yang disidai di hadapan sebuah rumah dekat kawasan perumahan di Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, polis sebelum itu mengesan satu video berkaitan kejadian yang tular di media sosial.

Beliau berkata, semakan dijalankan mendapati kes berkenaan melibatkan laporan polis yang dibuat seorang lelaki berkaitan kejadian berlaku kira-kira jam 1.16 petang pada 28 Jun.

"Semasa lelaki berkenaan berada di rumah, dia dapati pakaian adiknya yang disidai dekat ampaian di hadapan rumah telah tiada. Dia kemudiannya bertindak melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Semakan dijalankan mendapati terdapat seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru memanjat pagar serta kelihatan berlegar-legar di dalam kawasan rumahnya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Ridhwan berkata, individu terbabit kemudiannya memuat naik video rakaman CCTV berkenaan menerusi media sosial.

"Dia mendakwa tindakan itu bertujuan agar penduduk di kawasan perumahannya lebih berwaspada.

"Akibat kecurian berkenaan, mangsa mengalami kerugian lebih RM200," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, siasatan lanjut bagi mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!