Pelajar cedera terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah

Mangsa cedera selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah dekat Kajang pada Jumaat.
Mangsa cedera selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah dekat Kajang pada Jumaat.
A
A
A

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pelajar lelaki cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 5.50 petang.

"Siasatan mendapati mangsa yang juga pelajar tingkatan 1 didapati terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang bagi rawatan lanjut.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan akibat kejadian itu," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!