Pelajar maut, kereta dipandu kakak terbabas langgar pokok

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dinaiki terbabas melanggar pokok di di Batu 11, Jalan Kuantan-Maran berhampiran Perumahan Seri Mahkota di sini pada awal pagi Sabtu.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dinaiki terbabas melanggar pokok di di Batu 11, Jalan Kuantan-Maran berhampiran Perumahan Seri Mahkota di sini pada awal pagi Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pelajar perempuan maut selepas kereta dinaiki terbabas melanggar pokok di Batu 11, Jalan Kuantan-Maran berhampiran Perumahan Seri Mahkota di sini pada awal pagi Sabtu.

Dalam nahas jam 3.30 pagi itu, mangsa, Siti Noorbaiti Mohd Yusoff, 20, beralamat dari Taman Alamanda, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta, Noor Faseha Mohd Yusoff, 25, pula dilaporkan cedera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Saga BLM dinaiki dua beradik itu dipercayai dalam.perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kemaman.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di bahu jalan.

"Akibat kejadian, mangsa yang berada di kerusi penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, pemandu kereta yang cedera di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan dan dirawat di zon kuning.

"Kemalangan meragut nyawa pelajar perempuan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!