Bangkai harimau tiada kesan cedera, tembak

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan telah menerima laporan mengenai penemuan bangkai seekor harimau belang di Sungai Dabong, Kuala Krai petang Jumaat.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan telah menerima laporan mengenai penemuan bangkai seekor harimau belang di Sungai Dabong, Kuala Krai petang Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Pemeriksaan awal ke atas bangkai harimau belang yang ditemui penduduk di sebuah di Sungai Dabong di Kampung Kandek Dabong mendapati tiada kesan kecederaan, tembakan atau jerat pada badan.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani Rohani bagaimanapun berkata, bangkai hidupan liar itu sudah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai, Perak untuk prosedur bedah siasat.

Beliau memberitahu, prosedur berkenaan akan merungkai punca kematian haiwan berkenaan.

"Haiwan itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang Jumaat, anggota (Perhilitan) terus bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan penemuan bangkai harimau belang di Sungai Dabong oleh penduduk tempatan yang melalui sungai itu sebelum memaklumkan kepada Perhilitan Kelantan.

Gambar dan video penemuan bangkai haiwan yang dipercayai harimau jantan itu juga tular di media sosial pada Jumaat.

Jelas beliau, lokasi kedudukan bangkai harimau belang sukar diakses kerana berada di Sungai Pergau dan anggota Perhilitan Kelantan terpaksa menggunakan bot untuk ke kawasan berkenaan.

Mohamad Hafid turut menyarankan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar.

Artikel Berkaitan:

"Jangan mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan bahaya keselamatan kepada diri sendiri," katanya lagi.

Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!