Kompaun trafik DBKL naik mulai 1 Julai ini

DBKL melaksanakan kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai ini. Foto DBKL
DBKL melaksanakan kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai ini. Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menerusi kenyataan media DBKL, ia merangkumi kategori motosikal, kereta dan kenderaan berat yang kadarnya ditetapkan mengikut tempoh bayaran tertentu.

Menurut kenyataan itu, bagi kesalahan trafik motosikal, kadar bayaran RM30 ditawarkan bagi tempoh satu hingga 15 hari, RM50 (16-30 hari) dan RM80 (31-60 hari).

"Bagi kereta, kompaun dikenakan sehingga RM100 bagi yang gagal membuat pembayaran selepas sebulan, manakala kadar menjadi RM50 dan RM80 jika bayaran dibuat dalam tempoh 1 hingga 15 hari dan 16 hingga 30 hari.

Kadar baharu kompaun trafik DBKL.
Kadar baharu kompaun trafik DBKL.

"Sementara kategori kenderaan berat pula RM200 dagi tempoh satu hingga 15 hari, RM250 (16-30 hari) dan RM300 (31-60 hari)," ujar kenyataan itu pada Sabtu.

Katanya, kadar tersebut diguna pakai untuk kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] dan semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta 333.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: