Larian Muar: Syed Saddiq kumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam

Syed Saddiq berjaya mengumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam sejak memulakan larian pada pagi Jumaat.
Syed Saddiq berjaya mengumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam sejak memulakan larian pada pagi Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam sejak memulakan larian dalam misi 'Langkah Muar' sejak Jumaat.

Menerusi perkongsiannya dalam Facebook, beliau bermula di Jambatan Muar dan berhenti rehat di Alor Gajah, Melaka dengan larian sejauh 58 kilometer.

Katanya, walaupun hampir mengalami kekejangan kaki sejak memulakan larian jam 6.30 pagi Jumaat, beliau kembali bersemangat sebaik melihat orang ramai memberikan sokongan dengan menunggunya di sepanjang jalan.

“Ramai yang sanggup tunggu di tepi jalan. Dari yang tua ke yang muda. Berbilang bangsa dan agama. Bila kaki nak cramp (kejang), dengar je sorakan sahabat semua hilang terus cramp dan semangat naik semula,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Muar itu melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen sebagai salah satu cara menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.

Misi berkenaan bagi mendesak kerajaan memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Selain itu, larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 untuk Pusat Khidmat Muar supaya dapat kekal beroperasi sekali gus membantu rakyat yang memerlukan.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menghargai dua lelaki yang sanggup menghulurkan sumbangan secara terus.

Artikel Berkaitan:

"Ramai juga yang bagi makanan dan minuman siap bungkuskan makanan lagi, baik benar korang. Terima kasihlah.

"Siap ada dua pakcik, saya nak kongsikanlah kalau saya tak silap namanya Abdul Rahman dan Nur Hisham yang sumbangkan duit terus daripada poket diaorang. They are so kind. Saya terhutang budi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!