AUG 2024: Malaysia tunduk kepada Thailand di Malang

Aksi Xin Jie Lee-Valeree Zi Xuan Siow.
Aksi Xin Jie Lee-Valeree Zi Xuan Siow.
A
A
A

HASRAT skuad badminton berpasukan wanita mempertahankan pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (AUG) tidak kesampaian apabila tersekat dalam perlawanan akhir edisi 2024 pada Sabtu.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang itu skuad kendalian bekas lagenda badminton negara Datuk Rashid Sidek tunduk kepada Thailand, 3-0.

"Sejujurnya, kita meletakkan sasaran awal adalah mara ke perlawanan akhir, namun untuk menang ke atas Thailand agak sukar.

"Ini kerana kekuatan, standard dan pengalaman kebanyakan pemain-pemain Thailand melebihi daripada team pasukan kita.

"Kita hanya mampu menyaingi bagi acara beregu, namun untuk acara perseorangan agak terlalu jauh.," kata Rashid kepada pemberita selepas perlawanan.

Aksi Xin Jie Lee-Valeree Zi Xuan Siow.
Aksi Xin Jie Lee-Valeree Zi Xuan Siow.

Misi pingat negara bermula dengan kekalahan perseorangan wanita pertama, Yi Xing Ung tewas 9-21,13-21 kepada Pornpicha Choeikeewong untuk mata pertama buat Thailand.

Pichamon Phatcharaphisutsin-Atitaya Povanon yang tewas kepada gandingan negara, Xin Jie Lee-Valeree Zi Xuan Siow sebelum ini bangkit membalas dendam dengan kemenangan 21-19, 22-24, 21-18.

Artikel Berkaitan:

Hasrat Malaysia untuk bangkit menyaingi menerusi perseorangan wanita kedua, N Saranya tidak kesampaian apabila tewas 6-21, 13-21 kepada Thithiphon Klomyong.

Mengulas prestasi pemain beregu berdepan Thailand, Rashid berkata: "Beregu kita boleh mendapat mata sebelum ini tetapi hari ini, kita nampak Thailand menunjukkan permainan lebih mantap dan kurang melakukan kesilapan."

Sebagai rekod, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Singapura 5-0 pada aksi terakhir liga sepusingan dan sebagai rekod juga skuad negara tumbang 1-4 dalam berdepan aksi angkatan Gajah Perang sebelum ini.

Edisi Ubon Ratchathani 2022 di Thailand sebelum ini Malaysia menang 3-2 ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!