Polis minta kerjasama orang ramai bantu kesan lelaki OKU hilang

Rosdan Mat
Rosdan Mat
A
A
A

LIPIS - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 52 tahun dari Kampung Redan, Mela di sini yang dilaporkan hilang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kehilangan mangsa, Rosdan Mat dilaporkan adik ipar (pengadu) selepas mendapati lelaki itu tiada di rumah.

Menurutnya, kehilangan mangsa disedari selepas pengadu ke rumah abang iparnya itu di Kampung Redan jam 8 pagi hari berkenaan.

"Kali terakhir pengadu melihat mangsa pada Rabu lalu.

"Mangsa difahamkan mengalami masalah kesihatan mental sejak remaja lagi," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Ismail berkata, pengadu bersama keluarga dibantu penduduk kampung telah melakukan pencarian namun mangsa gagal ditemui.

"Pengadu kemudiannya tampil membuat laporan polis selepas gagal menemui sebarang petunjuk keberadaan lelaki itu.

"Bertindak atas maklumat, pihak polis bersama penduduk kampung menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari yang sama namun gagal menemui mangsa dan pencarian bersambung pada hari ini (Sabtu)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat mengenai mangsa agar segera menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-3121999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!