Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup

Tukang urut warga asing yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan. Foto DBKL
Tukang urut warga asing yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan. Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.

DBKL memaklumkan, premis tersebut dikenal pasti menerusi siasatan dan risikan yang dijalankan selama lima hari di kawasan Parlimen berkenaan.

Menurutnya, keempat-empat premis berkenaan telah dikenakan tindakan tutup serta-merta dan barangan perniagaan telah disita.

"Empat notis dikeluarkan di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan perindustrian (WPKL) 2016 atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.

Pusat urut yang disyaki terlibat aktiviti pelacuran disita DBKL menerusi operasi dijalankan pada Sabtu. Foto DBKL
Pusat urut yang disyaki terlibat aktiviti pelacuran disita DBKL menerusi operasi dijalankan pada Sabtu. Foto DBKL

"Selain itu, sebanyak 57 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan ke atas empat buah premis tersebut telah dirobohkan di bawah kesalahan Seksyen 79(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, barangan yang disita telah dibawa dan disimpan di Setor Jalan Lombong, Cheras, Kuala Lumpur.

Ujarnya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat laman sesawang Adu@KL di pautan http://adukl.dbkl.gov.my," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!