Kerajaan Perpaduan akan bincang calon di DUN Nenggiri

Anwar
Anwar
A
A
A

GEORGE TOWN - Parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan akan berbincang mengenai calon yang akan diletakkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos depan.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir ke Majlis Perasmian Menara Hasil Pulau Pinang di sini, pada Sabtu.

"Nenggiri tu, nanti diaorang bincang dululah," katanya ringkas.

Sebelum ini, media melaporkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan mulai 19 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu mengenai keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, yang hilang daripada Bersatu.

Susulan itu, Mohd Azizi memfailkan injunksi sementara untuk menghentikan PRK DUN berkenaan daripada diadakan sehingga saman pemulanya diputuskan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: