Fitnah Tunku Mahkota Ismail babit rasuah, cubaan jatuhkan institusi diraja - Onn Hafiz

Onn Hafiz
Onn Hafiz
A
A
A

JOHOR BAHRU - Fitnah terhadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kononnya baginda terbabit rasuah RM20 juta, disifatkan sebagai hasutan jahat dalam cubaan menjatuhkan institusi diraja.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasutan jahat yang cuba disebarkan melalui aplikasi WhatsApp adalah sikap yang tidak bertanggungjawab, biadab serta kurang ajar.

Menurut beliau, fitnah itu antara lain menuduh Tunku Mahkota Ismail terbabit kes rasuah membabitkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.

"Kerajaan Johor melihat fitnah ini adalah cubaan hasutan jahat dalam menjatuhkan institusi raja dan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadab serta kurang ajar.

"Kerajaan negeri memandang serius terhadap perkara ini yang membabitkan institusi raja dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu menggugat keharmonian dan kedaulatan negeri serta negara," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas.

"Kerajaan Johor berharap isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan kedaulatan institusi diraja, yang mampu mengancam keharmonian negeri dan negara serta kerukunan masyarakat pelbagai kaum," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: