Kumpulan baju hitam berkumpul sertai 'Demo Rakyat lawan Anwar'

Kumpulan berbaju hitam membaca berdoa selepas menyelesaikan solat asar secara berjemaah sebelum memulakan Perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Kumpulan berbaju hitam membaca berdoa selepas menyelesaikan solat asar secara berjemaah sebelum memulakan Perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kumpulan baju hitam mula berkumpul di tempat letak kenderaan di Kompleks Seri Perdana, di sini pada sekitar jam 4.15 petang untuk menyertai perhimpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar'.

Difahamkan, perhimpunan tersebut akan bermula selepas solat Asar secara berjemaah di lokasi berkenaan.

Laluan masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri serta kawasan sekitarnya dipasang penghadang selepas Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya selaku pemilik tanah.

Anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mula berkawal sejak tengah hari tadi.

Media sebelum ini melaporkan perhimpunan dinamakan 'Demo Rakyat Lawan Anwar', tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pemilik lokasi berhimpun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis sudah menasihatkan penganjur tidak meneruskan perhimpunan dijadualkan di tempat letak kereta awam berhadapan Kompleks Seri Perdana, pada jam 4 petang itu kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: