Ismail Sabri minta jentera UMNO bantu pulih imej parti

Ismail Sabri hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Pahang pada Sabtu.
Ismail Sabri hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Pahang pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM- Seluruh ahli dan jentera UMNO perlu bekerja kuat untuk memulihkan imej seterusnya mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu khususnya golongan muda kepada parti.

Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia tidak mustahil dilakukan apabila melihat kepada sambutan yang diberikan anggota parti.

"Alhamdulillah, dewan penuh dengan perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan.

"Ini menunjukkan kesepakatan dan perpaduan yang utuh dalam kalangan ahli-ahli di akar umbi walaupun parti kini sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Ismail Sabri merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Pahang pada Sabtu.
Ismail Sabri merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Pahang pada Sabtu.

"Bagaimanapun seluruh jentera parti harus terus mengembleng tenaga untuk memastikan kemenangan dan momentum sokongan rakyat terhadap UMNO di Parlimen Bera terus kekal," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Pahang.

Bekas Perdana Menteri itu juga mendoakan agar UMNO yang menjadi tonggak umat Melayu dan payung untuk seluruh rakyat negara ini berteduh akan bangkit kembali.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!