'Demo Rakyat Lawan Anwar' medan luahan rakyat - Pemuda Pas

Kumpulan baju hitam berkumpul di tempat letak kenderaan di Kompleks Seri Perdana untuk menyertai perhimpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' pada Sabtu.
Kumpulan baju hitam berkumpul di tempat letak kenderaan di Kompleks Seri Perdana untuk menyertai perhimpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ menjadi medan untuk menterjemahkan ketidakpuasan hati rakyat atas pelbagai isu terutama melibatkan survival anak muda dari aspek ekonomi, kerjaya dan kehidupan sosial.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, penyertaan ahli dalam himpunan aman tersebut adalah bersifat terbuka dan tiada halangan daripada parti bagi mereka yang ingin menyertainya.

"Semoga himpunan ini berjalan dengan lancar dan menjadikan sebahagian kebangkitan permulaan bagi menentang segala apa jua polisi yang merosakkan kedudukan Melayu, Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

"Kami doakan kejayaan kita semua," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Afnan Hamimi
Afnan Hamimi

Pada Khamis, media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan.

'Demo Rakyat Lawan Anwar' yang akan diadakan tempat letak kereta awam, berhadapan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu susulan tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.

Dalam pada itu, ujar Afnan Hamimi, pihaknya mengambil maklum atas penganjuran himpunan aman yang diketuai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Demi Negara itu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Pemuda Pas berpendirian menyokong sebarang usaha memperjuangkan nasib rakyat dan memberi goncangan kesedaran kepada pihak Kerajaan Madani yang menerbitkan banyak polisi tunggang-terbalik dan memberi kesan langsung kepada kehidupan masyarakat khususnya anak muda negara ini.

"Setelah kegagalan meningkatkan semula kejatuhan matawang, penghapusan diesel dan akan datang Petrol 95, isu kejatuhan mendadak pelaburan langsung asing (FDI) negara, prestasi negara jatuh merudum dan pelbagai lagi, rakyat sudah semakin muak dengan permainan politik pihak Kerajaan Madani dengan menghalang himpunan ini dijalankan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!