Lelaki maut dibaham buaya ditemukan tanpa kepala, tangan putus

Lokasi kejadian mangsa dilaporkan maut dipercayai dibaham buaya di kawasan ladang Pontion Subok, Sukau, Kinabatangan.
Lokasi kejadian mangsa dilaporkan maut dipercayai dibaham buaya di kawasan ladang Pontion Subok, Sukau, Kinabatangan.
A
A
A

KINABATANGAN - [DIKEMAS KINI] Lelaki yang diserang buaya ketika memancing di tepi sungai ditemukan dalam keadaan tidak berkepala dan tangannya putus dalam kejadian di kawasan ladang Pontion Subok, Sukau, di sini pada Sabtu.

Mayat Firman Irwan, 24, ditemukan pada jam 2.30 petang oleh penduduk kampung di kawasan kuala sungai iaitu kira-kira sejauh 1.2 kilometer dari tempat dia disambar haiwan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan pada jam 1.32 petang.

Menurutnya, seramai empat anggota ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 73 kilometer dari BBP Kinabatangan.

"IPD Kinabatangan memaklumkan terdapat seorang mangsa dibaham buaya di ladang tersebut. Menurut pengadu, mangsa dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai.

Lokasi kejadian mangsa dilaporkan maut dipercayai dibaham buaya di kawasan ladang Pontion Subok, Sukau, Kinabatangan.
Lokasi kejadian mangsa dilaporkan maut dipercayai dibaham buaya di kawasan ladang Pontion Subok, Sukau, Kinabatangan.

"Pasukan bomba ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) namun tidak lama kemudian, mangsa dilaporkan berjaya ditemui dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

Artikel Berkaitan:

"Kepala dan tangan sebelah kanan putus namun hanya tangan yang berjaya ditemukan semula.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 4.33 petang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!