4 lelaki samun kedai emas di Sungai Petani

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sekumpulan empat lelaki melarikan sejumlah barangan kemas dalam kejadian samun kedai emas di premis beli-belah di Bakar Arang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.45 petang.

Beliau berkata, dua pekerja wanita yang berada di dalam premis tersebut didatangi tiga suspek bertopeng dan bersarung tangan dengan seorang lagi menunggu di dalam sebuah kereta Perodua MyVi berwarna putih.

"Kesemua suspek melarikan diri dengan sejumlah barang kemas namun anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Wan Azharuddin berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi IPD Kuala Muda di talian 04-4299222 atau pegawai penyiasat kes ASP Bukhari Idris di talian 017-4794933. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: