PRK medan latihan keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Dewan KPDNHEP Melang pada Sabtu. Foto Bernama
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Dewan KPDNHEP Melang pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA PILAH - Pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan di beberapa negeri setakat ini merupakan medan latihan keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi melihat kerjasama antara parti itu dalam memenangkan calon dalam pilihan raya berkenaan.

"Masa di Pelangai, calon parti komponen lain, DAP, PKR dan Amanah, Mat Sabu (Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu) hari-hari turun bantu kita.

“Di PRK Pulai dan Simpang Jeram, Johor, jentera parti UMNO kerja keras untuk menangkan calon Amanah, begitu juga DAP dan PKR (bantu kempen), dan Mat Sabu berterima kasih kepada kita... ini menunjukkan susunan kerja jentera cukup berstruktur, inilah semangat setiakawan antara kita.

"Sekarang kempen PRK Sungai Bakap yang bertanding bukanlah calon UMNO tetapi kita bekerja membantu kawan-kawan kita dari calon parti lain, jentera (UMNO) Perlis, Kedah, Perak Utara bekerja seolah-olah calon dari UMNO," katanya ketika berucap ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menafikan Melayu dan agenda Islam yang sering diperjuangkan UMNO terancam sejak berada di bawah Kerajaan Perpaduan, malah pelbagai peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tujuan itu.

“Di Parlimen, Anthony Loke (Setiausaha DAP) duduk sebelah kanan, ada juga Nga Kor Ming (Naib Pengerusi DAP), apabila saya bawa kertas Kabinet termasuk dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), tak ada seorang pun yang bantah sebaliknya beri sokongan,” katanya.

Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama para perwakilan ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Dewan KPDNHEP Melang pada Sabtu. Foto Bernama
Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama para perwakilan ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Dewan KPDNHEP Melang pada Sabtu. Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak 200 tempat ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus-kursus jangka pendek dan sederhana latihan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke China.

"Sebanyak 200 daripada 5,125 tawaran yang kita terima diberikan kepada pelajar TVET Negeri Sembilan, kita akan kemukakan senarai nama ini bersama pelajar tempat lain yang telah saya tawarkan sebelum ini," katanya.

Pada 30 Mei lepas, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi ‘game changer’ atau pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.

Tawaran itu adalah hasil jalinan kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dengan pihak industri berkaitan TVET di China iaitu Beifang Automotive Education Group dan Tang (M) International Education Group melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!