Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki meletus dua kali dalam sehari

Aktiviti vulkanik terus meningkat sejak ia meletus beberapa kali sebelum ini. Foto Agensi
Aktiviti vulkanik terus meningkat sejak ia meletus beberapa kali sebelum ini. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki di Indonesia Timur meletus sebanyak dua kali pada Sabtu dan turut membebaskan debu tebal ke permukaan udara.

Letusan pertama selama hampir 11 minit dilaporkan berlaku pada jam 11.04 pagi (waktu tempatan) disusuli kejadian kedua selama lebih 10 minit pada jam 2.41 petang hingga memuntahkan bahan vulkanik setinggi 900 meter dari permukaan kawah.

"Pengunjung dan penduduk sekitar Lewotobi Laki-Laki dilarang berada di dalam zon lingkungan tiga kilometer dari pusat letusan tersebut," ujar agensi vulkanologi dalam satu kenyataan.

Difahamkan, ia terletak di destinasi pelancongan popular di Pulau Flores dan pernah meletus beberapa kali sejak Januari lalu hingga menyebabkan pihak berkuasa menaikkan tahap status amaran tertinggi serta memindahkan kira-kira 2,000 penduduk.

Pihak berkuasa kini meletakkan ancaman Lewotobi Laki-Laki pada tahap kedua tertinggi. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!