Dua lelaki curi motosikal milik peguam dalam garaj rumah

Tular rakaman video memaparkan dua individu bertindak mencuri sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah rumah dekat kawasan taman perumahan di Batu Caves di sini pada Jumaat.
Tular rakaman video memaparkan dua individu bertindak mencuri sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah rumah dekat kawasan taman perumahan di Batu Caves di sini pada Jumaat.
A
A
A

GOMBAK - Seorang peguam berputih mata apabila motosikal miliknya dicuri dua lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Caves di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan berkaitan kehilangan motosikal jenis Yamaha LC135 sebelum itu dibuat mangsa berumur 41 tahun kira-kira jam 5.44 petang.

"Siasatan dijalankan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ketika jam kira-kira 3.20 petang, terdapat dua lelaki menaiki motosikal serta memakai baju hujan telah masuk ke bahagian garaj rumah mangsa menerusi pintu pagar.

Tular rakaman video memaparkan dua individu bertindak mencuri sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah rumah dekat kawasan taman perumahan di Batu Caves di sini pada Jumaat.
Tular rakaman video memaparkan dua individu bertindak mencuri sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah rumah dekat kawasan taman perumahan di Batu Caves di sini pada Jumaat.

"Suspek dipercayai bertindak mematahkan kunci pemegang sebelum melarikan motosikal berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek terlibat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 013–3020385 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Sabtu, tular video di media sosial memaparkan dua lelaki bertindak melarikan sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah rumah dekat kawasan perumahan di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!