Teknologi AI boleh diaplikasi di masjid

Sirajuddin
Sirajuddin
A
A
A

KOTA BHARU - Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini sudah boleh diaplikasikan di masjid seluruh negara sesuai dengan hasrat kerajaan melalui pendigitalan penyampaian perkhidmatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan masjid utama di setiap negeri bagi membolehkan teknologi AI dilaksanakan.

Beliau memberitahu, Jakim kini masih dalam perbincangan untuk merealisasikan AI di masjid dalam tempoh antara satu hingga dua tahun lagi kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan.

"Dalam teknologi hari ini, saya sarankan pengurusan masjid mengambil kesempatan memanfaatkan AI untuk memudahkan kariah dalam setiap urusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Konvensyen Masjid Nusantara 2024 di sini pada Sabtu.

Konvensyen itu dirasmikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Mohamad Rizam ( kanan) melawat reruai Majlis Penutup Konvensyen Masjid Nusantara 2024 pada Sabtu.
Mohamad Rizam ( kanan) melawat reruai Majlis Penutup Konvensyen Masjid Nusantara 2024 pada Sabtu.

Sebelum itu, Sirajuddin ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, banyak aspek kehidupan manusia kini berkait dengan teknologi AI termasuk carian di internet, jual beli dalam talian, pengurusan zakat dan terkini dalam pengurusan haji yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Artikel Berkaitan:

"Sudah tiba masanya untuk institusi masjid di negara ini meneroka teknologi Ai ini seperti lawatan masjid secara maya dan penyimpanan data ahli kariah," katanya.

"Saya yakin masjid di nusantara mampu menjadi pencetus kepada aplikasi teknologi ini kerana ramai imam yang terdiri daripada golongan muda yang sudah pasti lebih banyak berinteraksi dengan teknologi," katanya.

Tambah beliau, masjid juga sudah mengalami evolusi dalam peranannya yang pelbagai sesuai mengikut zaman.

Jelas beliau, kepantasan teknologi maklumat turut menuntut institusi masjid menyediakan pelbagai kemudahan dan platform bagi mendekatkan jemaah dengan masjid.

"Alhamdulillah, kini masjid di nusantara sudah mempunyai laman web, akaun media sosial, perkhidmatan dan sedekah dalam talian," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!