Anggota penguat kuasa minta suapan RM60,000 ditahan

SPRM menahan seorang anggota penguat kuasa dipercayai meminta suapan sebanyak RM60,000.
SPRM menahan seorang anggota penguat kuasa dipercayai meminta suapan sebanyak RM60,000.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang anggota penguat kuasa dipercayai meminta wang sebanyak RM60,000 mengundang padah apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar ibu kota pada Jumaat.

Menurut sumber, suspek berumur lingkungan 40-an dipercayai bertindak demikian sebagai balasan untuk menutup kes seorang individu melibatkan kesalahan menipu.

"Suspek telah ditahan antara kira-kira jam 11 malam semalam di sekitar Kuala Lumpur.

"Suspek sebelum itu dipercayai telah hadir berjumpa pengadu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur tetapi menghilangkan diri apabila mengarahkan pengadu menunggunya di satu tempat yang tidak jauh dari restoran tersebut bagi tujuan mengambil wang rasuah yang dimintanya," katanya pada Sabtu.

Katanya, suspek yang telah ditangkap dan ditahan selama 24 jam itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM.

"Suspek dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas keterangannya direkodkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!