NTW sediakan hampir 100 aktiviti, 73 kelas latihan percuma beri peluang lebih ramai tingkatkan kemahiran

Pameran oleh Petrosains menjadi tumpuan penonton di NTW 2024 pada Sabtu.
Pameran oleh Petrosains menjadi tumpuan penonton di NTW 2024 pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 menawarkan pelbagai aktiviti menarik sempena hari kemuncak program berkenaan di Perkarangan Parkir B Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 hingga 30 Jun iaitu kelas latihan, pameran, permainan dan tawaran pekerjaan kepada pengunjung.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran Human Resource Department Corporation (HRD Corp), Hazrina Azizdin berkata, penganjuran karnival tersebut adalah untuk menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Kita sediakan kelas latihan membabitkan lima bidang iaitu kemahiran hidup, kemahiran masa depan, kewangan, kreativiti dan inovasi serta pembangunan mampan.

"Kepada sesiapa yang berminat untuk sertai kelas secara percuma ini, boleh daftar di www.nationaltrainingweek.gov.my atau datang terus ke lokasi di Parkir B Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 9 pagi hingga 7 malam," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

HAZRINA
HAZRINA



Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, NTW 2024 merupakan inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp bermula sejak 24 Jun lalu dengan menawarkan lebih 60,000 kursus latihan percuma dengan sasaran 200,000 penyertaan dari seluruh negara.

Selain kursus latihan, HRD Corp bersama rakan kolaborasi yang terdiri darpada agensi kerajaan dan swasta turut mengadakan lebih 700 aktiviti pembelajaran di seluruh negara.

Dalam pada itu Hazrina memaklumkan, peluang pekerjaan turut disedikan di sini oleh MYFUTUREJOBS dengan tawaran 10,000 jawatan kosong daripada 100 majikan.

Artikel Berkaitan:

Antara pengunjung yang hadir ke reruai yang dibuka di MYFUTUREJOBS pada Sabtu.
Antara pengunjung yang hadir ke reruai yang dibuka di MYFUTUREJOBS pada Sabtu.



Tambah beliau, semua kemudahan telah disediakan kepada pengunjung seperti surau, tandas dan lori makanan.

"Pengunjung tidak perlu risau, kemudahan semua kita sediakan dan jika ada yang mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim... boleh hadir ke NTW esok.

"Beliau akan hadir untuk merasmikan majlis penutupan NTW 2024, jadi anda boleh datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk bertemu dengannya selain menghadiri pameran atau reruai yang ada," jelasnya.

73 kelas latihan untuk hampir 2,000 peserta pada hari kemuncak NTW 2024.
73 kelas latihan untuk hampir 2,000 peserta pada hari kemuncak NTW 2024.



Sementara itu seorang pengunjung, Nabillah Natrah Hamshah, 38, berkata, aktiviti yang disediakan memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada diri serta anak-anak.

NABILLAH NATRAH
NABILLAH NATRAH



Ujarnya, penyediaan kelas latihan secara percuma dilihat mampu membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk meningkatkan kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam diri.

"Banyak sangat aktiviti disediakan, ibu bapa yang belum datang. Anda boleh hadir bersama keluarga, bawa anak-anak dan rasai sendiri pengalaman hadir ke program ini.

"Untuk kanak-kanak banyak aktiviti boleh buat seperti perlawanan lego, futsal dan main papan selaju. Bagi orang dewasa pula berpeluang mempelajari serta menyertai kelas latihan antaranya digital forensik dan kursus bahasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!