Teruja lihat 'UFO' dan 'makhluk asing' depan mata

Rakaman penampakan UFO itu menerima pelbagai respons pengguna media sosial. Foto Agensi
Rakaman penampakan UFO itu menerima pelbagai respons pengguna media sosial. Foto Agensi
A
A
A

OTTAWA - Sepasang suami isteri di Kanada terkejut selepas melihat dua objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti (UFO) di ruang udara Sungai Winnipeg.

Justin Stevenson dan pasangannya, Danielle sedang menaiki kereta melalui Fort Alexander ketika mereka bertembung dengan objek misteri bercahaya ketika insiden pada bulan lalu.

"Objek misteri seperti bebola itu terang seperti cahaya matahari dan ia kemudiannya hilang di sebalik awan. Pengalaman melihat UFO di depan mata seperti dalam filem sains fiksyen.

"Saya rasa sudah melihat beberapa makhluk asing," ujarnya dengan teruja yang turut merakamkan kejadian itu dan dimuat naik ke Facebook.

Penemuan tidak dijangka itu, sekali gus meyakinkan Stevenson tentang kehidupan di luar bumi.

"Saya agak skeptikal sebelum ini. Kini, saya percaya ada makhluk lain di luar angkasa sana," katanya lagi.

Klip yang sudah ditonton lebih 650,000 kali itu turut menarik perhatian pentaksub teori konspirasi dan kumpulan menjejaki makhluk asing yang menyifatkan ia sebagai 'anamoli pelik' serta 'gambar jelas UFO'.

Ada juga pengguna media sosial yang cuba memberikan penjelasan lebih logik dan berpendapat ia mungkin belon cuaca atau dron.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Ottawa telah menyaksikan lonjakan kejadian penampakan UFO dan sebanyak 17 insiden dilaporkan pada 2023 termasuk daripada sumber boleh dipercayai seperti juruterbang serta kru WestJet, Air France dan British Airways yang mendakwa melihat objek tersebut.

Pada Februari 2023, dua syarikat penerbangan mendakwa telah melihat cahaya pelik di ruang udara Quebec malah ia turut didokumenkan menerusi pangkalan data dalam talian yang dikendalikan oleh Pengangkutan Kanada. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!