PRK Sungai Bakap: PH yakin ahli UMNO kembali sokong Kerajaan Perpaduan

Mohamad Abdul Hamid
Mohamad Abdul Hamid
A
A
A

SUNGAI BAKAP - Pakatan Harapan (PH) menyatakan keyakinan bahawa ahli UMNO akan mengembalikan sokongan kepada parti itu sekali gus menyokong Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Pengarah Pilihan Raya PH PRK DUN Sungai Bakap, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, ia berdasarkan respons yang diterima daripada jentera parti sepanjang kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berlangsung.

"Sekarang dah nampak respon melalui jentera kita dan culaan yang kita buat insya-ALLAH menunjukkan tanda positif bahawa UMNO dari segi pengundinya kembali kepada UMNO dan juga Barisan Nasional iaitu Kerajaan Perpaduanlah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa pelancaran Iltizam calon PH di Simpang Ampat di sini pada Sabtu.

Hadir sama calon PH bagi kerusi N20 PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail yang menyatakan keyakinan bahawa pengundi dalam kalangan ahli UMNO akan mengekalkan gelombang peralihan undi kepada parti itu pada PRK Sungai Bakap.

Abidin yang mesra disapa dengan panggilan Abang Abidin berkata, pergerakan gelombang itu dapat dilihat selain ada yang memberi keyakinan masih menyokong PN.

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Joohari dan Abidin.

Ia susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff dari Pas yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.