Petanque barakan pemburuan emas AUG 2024

Kudrat trio petanque Nur Asyikin, Sharifah Afiqah Farzana, Mohamad Muqri di Gelanggang Petanque UNESA.
Kudrat trio petanque Nur Asyikin, Sharifah Afiqah Farzana, Mohamad Muqri di Gelanggang Petanque UNESA.
A
A
A

SATU pingat emas berjaya dibutirkan kontinjen negara saingan hari keempat ketika misi pemburuan 35 emas terus membara pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024.

Pada Sabtu, kudrat trio petanque Nur Asyikin Roslan, Sharifah Afiqah Farzana Syed Ali, Mohamad Muqri Mohamad Sapiny yang pertama kali menampilkan diri dalam temasya dwi tahunan itu ternyata menyalakan kelegaan buat pasukan negara.

Di Gelanggang Petanque Universitas Negeri Surabaya (UNESA), trio negara tersebut berjaya menjinakkan gandingan wakil Thailand, Thirawut Khamchan, Khwandee Panin dan Thidathip Inkan, 13-5 dalam perlawanan akhir acara Mix Triple.

Separuh akhir, trio negara mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Laos, 11-5 manakala pasukan pilihan Thailand pula menjinakkan Indonesia, 3-2, sekali gus emas pertama kem petanque selepas menyumbang dua gangsa sebelum ini.

Skuad judo selepas kempen di Pusat Konvensyen Airlangga, Universitas Airlangga.
Skuad judo selepas kempen di Pusat Konvensyen Airlangga, Universitas Airlangga.

Skuad judo pula melabuhkan kempen di AUG Surabaya-Malang 2024 dengan merangkul pingat perak dalam acara berpasukan campuran setelah menang 4-1 ke atas Singapura selepas membuka gelanggang dengan kekalahan 1-4 kepada Indonesia dalam saingan liga sepusingan di Pusat Konvensyen Airlangga, Universitas Airlangga.

Di Kolam Renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) pula, kem renang kurang memberi impak apabila hanya membutirkan tiga perak dan tiga gangsa.

Di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang, hasrat kem badminton untuk mempertahankan emas acara berpasukan wanita tersekat apabila dijinakkan Thailand, 3-0 dalam perlawanan akhir, manakala pasukan lelaki pula membawa pulang gangsa.

Artikel Berkaitan:

Aksi Xin Jie Lin, Valeree Siow Zi Xuan dalam acara badminton berpasukan akhir wanita di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang,
Aksi Xin Jie Lin, Valeree Siow Zi Xuan dalam acara badminton berpasukan akhir wanita di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang,

INFO

AUG SURABAYA MALANG 2024

HARI KEEMPAT

PUNGUTAN PINGAT

1 emas | 5 perak | 4 gangsa

PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN:

11 emas | 14 perak | 19 gangsa

PINGAT EMAS

NUR ASYIKIN ROSLAN/ SHARIFAH AFIQAH FARZANA SYED ALI/ MOHAMAD MUQRI ARIF MOHAMAD SAPINY

Petanque (Mix Triple)

PINGAT PERAK

YI XING UNG/ XIN JIE LIN/ VALEREE SIOW ZI XUAN/ SARANYA NAVARATNARAJAH/ QI XUAN NG/ DESIREE HAO SHAN SIOW/ NUR ERNISA ALYA ZAINAL ABIDIN

Badminton (Berpasukan Wanita)

BERPASUKAN CAMPURAN

Judo

NG SHIN JIAN, TERENCE

Taylor’s University

Akuatik Renang (200m gaya bebas lelaki)

HII PUONG WEI

Asia Pasific University (APU)

Akuatik Renang (200m rampaian individu lelaki)

NG SHIN JIAN, TERENCE/ BRYAN LEONG XIN RIN/ NG TZE XIANG/ TAN KHAI XIN

Akuatik Renang (4x100m gaya bebas lelaki)

PINGAT GANGSA

SHAO HERNG HOOI/ XUN LIEW/ TIEN CI WONG/ ANSON YAN FENG CHEONG/ MUHAMMAD FAZRIQ MOHAMAD RAZIF/ YEE HERN WEE/ MUHAMMAD SYAHMI IRFAN MOHD NADZRI

Badminton (Berpasukan Lelaki)

TAN KHAI XIN

IMU University

Akuatik Renang (200m gaya bebas lelaki)

HII PUONG WEI

Asia Pasific University (APU)

Akuatik Renang (100m kuak dada lelaki)

TEH XING TI, CHRISTY

Multimedia University (MMU)

Akuatik Renang (200m rampaian individu wanita)