'Tabik spring sama MOM'

Laporan Sukan Sinar pada Jumaat.
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat.
A
A
A

KEPUTUSAN Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap isu jaket rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 disifatkan sebagai satu tindakan bijak.

Malah, jelas penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli, pendirian badan induk Olimpik negara itu juga satu keputusan berjiwa besar, tidak hanya buat komuniti sukan tanah air tetapi juga kepada rakyat Malaysia secara ke-seluruhannya.

“Suara netizen sukan hari ini tidak dinafikan begitu kuat. Ia boleh menjadi satu kuasa desakan yang bersepadu apabila bersatu dengan media sosial, walaupun banyak isu juga tidak semestinya kita turutkan.

“Pada zaman media sosial hari ini, kadang-kadang hak kita itu sudah tidak lagi jadi hak kita dan adalah lebih baik niat untuk kita kongsi kepada umum itu perlu dikaji impaknya terlebih dahulu.

“Kadang-kadang adalah lebih baik ‘silo’ sahaja atau bersikap low profile jika perkara itu tidak sebesar mana tetapi berniat untuk mendapatkan pujian hebat yang akhirnya memakan diri,” katanya kepada pemberita sempena Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya pada Sabtu

Pada Jumaat, MOM mengesahkan reka bentuk akan diubah dengan motif harimau yang lebih jelas dan logo MOM serta Jalur Gemilang kembali kepada warna asal.

Susulan itu, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya akan berbincang dengan penaja pakaian rasmi kontinjen, Yonex Sunrise bagi memenuhi harapan rakyat jelata.

Dalam pada itu, Pekan mengakui tidak semua perkara pada hari ini, netizen mempunyai hak menegur dan mengecam atau meminta mengubah sesuatu yang telah diputuskan.

Artikel Berkaitan:

“Cuma dalam setiap perkara, elok juga kita beringat kepada pesanan ‘antara yang hak dan yang batil’ dalam setiap urusan kita.

“Walaupun kalau kita bercakap tentang piagam pelanggan customers is always right, namun dalam isu pakaian kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik, kita tahu mereka (netizen) bukan pelanggannya tetapi sebagai peminat sukan yang cakna dan mencintai sukan negara, they also have a rights untuk memprotes kerana atlet negara itu juga adalah sebahagian daripada jiwa dan raga mereka.

“Justeru, dalam isu pakaian kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris ini kita perlu mengucapkan terima kasih kepada Presiden MOM yang prihatin dan berjiwa besar menerima teguran serta kecaman netizen.

“Kita tahu atlet kita tiada masalah dengan apa warna, corak dan reka bentuknya kerana mereka menerimanya sahaja sama ada mereka suka atau tidak, kerana status mereka sebagai atlet yang perlu dijaga.

“Semoga kemelut yang melanda berhubung isu ini sudah berakhir dan menjadi pengajaran berguna, bukan sahaja kepada MOM bahkan juga kepada penggiat sukan negara,” katanya.