PKNS Pilih Karnival dekati komuniti, promosi hartanah

Md Kamarzan (empat dari kiri) melancarkan PKNS Pilih Karnival berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada Sabtu.
Md Kamarzan (empat dari kiri) melancarkan PKNS Pilih Karnival berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada Sabtu.
A
A
A

PENGANJURAN PKNS Pilih Karnival menjadi platform anak syarikat kerajaan negeri itu untuk mendekati komuniti selain mempromosikan produk hartanah mereka kepada umum.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNS, Ir Md Kamarzan Md Rais berkata, karnival berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad itu diserikan dengan pelbagai pengisian aktiviti serta telah berjaya menarik sehingga 5,000 pengunjung.

Menurutnya, buat julung kali, PKNS turut membuka jualan bagi 218 unit projek Aludra di Selangor Cyber Valley (SCV) yang bakal dilancarkan 13 Julai depan.

"Perumahan dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air itu dibuka dengan harga jualan bermula RM555,000 dan projek dijangka siap pembinaannya pada 2026.

"Bagi 10 pembeli terawal yang membuat tempahan dengan mengisi borang pembelian rumah semasa karnival ini akan menerima baucar barangan elektrik jenama Samsung bernilai RM2,000," katanya selepas pelancaran PKNS Pilih Karnival berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada Sabtu.

Katanya, PKNS menyasarkan 12 projek dilaksanakan tahun ini dengan empat daripadanya telah dilancarkan setakat ini.

Tambahnya, empat projek itu turut dipamerkan pada karnival berkenaan termasuk Puteri Ariana dan Puteri Ariana 2 Kota Puteri dan Ixora, Antara Gapi.

Sementara itu beliau memaklumkan, PKNS Pilih Karnival turut mendapat sokongan rakan strategik antaranya Samsung, Maybank Berhad,

Artikel Berkaitan:

Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Affin Berhad dan Bank Simpanan Nasional.

Md Kamarzan (dua dari kiri) menyaksikan produk hartanah PKNS yang dipamerkan di PKNS Pilih Karnival berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada Sabtu.
Md Kamarzan (dua dari kiri) menyaksikan produk hartanah PKNS yang dipamerkan di PKNS Pilih Karnival berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada Sabtu.

"Pelbagai reruai jualan dan pameran anak syarikat di bawah PKNS turut disediakan kepada pengunjung.

"Bagi menambahkan lagi kemeriahan, pelbagai program disediakan termasuk Larian Santai 5 kilometer, jualan makanan dan kendera saji, petting zoo, belon panas, zumba, mini zoo, pameran automotif dan cabutan bertuah, " katanya.

Ujarnya, karnival turut menampilkan artis popular dan selebriti tanah air antaranya Tomok, Amir Masdi, Amir Jahari, Pretty Ugly, Johan, Farah Fauzana, AG, Achey, Atu Zero serta penceramah popular, Syamsul Debat.

Md Kamarzan berkata, karnival berkenaan akan diteruskan ke tiga lokasi lain iaitu di Kota Puteri pada 27 Julai-28 Julai, Antara Gapi 24 Ogos -25

Ogos dan Selangor Cyber Valley pada 28 Ogos - 29 September ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!