Spalletti akui kelemahan Itali
PENGENDALI Itali, Luciano Spalletti berkata, pasukannya harus melakukan perubahan drastik selepas juara bertahan itu disingkirkan Switzerland 2-0 pada Ahad dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Euro 2024.
Gol Remo Freuler dan Ruben Vargas membolehkan Switzerland mencatatkan kemenangan pertama ke atas Azzurri sejak 1993.
"Kami memerlukan pemain dengan lebih keupayaan fizikal kerana kami tidak cukup kualiti. Kami kehilangan intensiti dan perlu menggunakan semua keupayaan yang ada.
“Apa yang berlaku malam ini tidak berpunca daripada satu sebab. Jika anda tidak melakukan lebih dalam tempo dan intensiti, sukar untuk bersaing secara seimbang.
"Kami berada di bawah tahap sepatutnya dari segi intensiti. Malam ini saya membuat enam pertukaran dalam pasukan kerana saya mahu skuad lebih segar, tetapi temponya tetap sama," katanya.
Walaupun menyifatkan skuadnya tidak menampilkan rentak terbaik dalam permainan, Spalletti tetap bertanggungjawab atas kekalahan itu.
“Saya ingin menekankan bahawa pemain tidak bersalah dalam penyingkiran hari ini.
"Tanggungjawab adalah milik saya, saya sentiasa berada di sisi pemain. Saya berterima kasih kepada mereka kerana telah membawa saya ke sini (ke Euro)," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!