MUFT kecewa gol dibatalkan berdepan JDT

Kesebelasan MUFT - Foto FB Johor Southern Tigers
Kesebelasan MUFT - Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

JARINGAN skuad Malaysian University Football Team (MUFT), yang dibatalkan pengadil kerana ofsaid, pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Sabtu, agak mengecewakan pengendalinya, Ridzuan Abu Shah.

Bagaimanapun menurutnya, kesemua pemain telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawananan dengan memberikan cabaran kepada skuad Harimau Selatan itu.

“Walaupun tewas, kami berharap juga sekurangnya dapat menjaringkan satu gol namun tidak bernasib baik setelah ia dinafikan oleh VAR (video bantuan pengadil).

“Memang terkilan, sebab saya tak pasti sama ada pemain berada di posisi ofsaid atau berlakunya kekasaran (terhadap Corbin-Ong), kami fikir jaringan itu sudah dikira tapi nasib tak menyebelahi kami.

“Lagi pun, kami datang ke sini adalah bermain dan mengelak bolos dengan jaringan yang banyak, itu sahaja sasaran kami kerana apabila sudah melangkah ke peringkat suku akhir, kami terpaksa berdepan dengan cabaran yang mendatang,” katanya.

Untuk rekod, skuad Liga A1 Semi-Pro itu tewas 0-5 kepada JDT, dan berdepan tugas sukar untuk memadam defisit berkenaan pada aksi timbal balik di venue sama, Jumaat ini.

Sementara itu Ridzuan berkata, kehilangan konsentrasi dalam kalangan pemain dilihat menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kekalahan skuad The University Tigers itu pada aksi suku akhir pertama berkenaan.

Katanya, keadaan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kesebelasan JDT untuk merobek benteng pertahanan pasukan dan seterusnya meledak empat gol bagi menjamin kemenangan dan sekali gus membawa bekalan selesa menjelang aksi suku akhir kedua, Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

“Pemain kita hilang konsentrasi khusnya ketika perlawanan bersambung pada babak kedua dan ia menjadi punca pintu gol kita dibolosi empat gol berbanding hanya bolos sekali pada first half (babak pertama).

“Apa pun, pujian perlu diberikan kepada penjaga gol kita yang berjaya menggagalkan beberapa peluang keemasan pasukan lawan daripada berpesta gol dengan jaringan yang lebih besar kali ini,” katanya.