Arab Saudi nafi berlaku jangkitan koronavirus
RIYADH - Gabungan Kementerian Kesihatan Arab Saudi menegaskan tiada kes koronavirus di negara itu sekali gus menafikan laporan yang mengatakan seorang penduduk ekspatriat telah dijangkiti.
Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Luar India memaklumkan, seorang jururawat rakyatnya yang bekerja di sebuah hospital di barat daya Saudi dijangkiti koronavirus dan kini sedang menerima rawatan.
Bagaimanapun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Arab Saudi (CDC) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan itu dan memberitahu kes yang disebut menteri berkenaan adalah berkaitan dengan jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).
"Kementerian telah mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk menangani isu global ini dan sedang bekerjasama rapat dengan semua entiti yang berkaitan," katanya.
Setakat ini, ancaman koronavirus telah mencatatkan 830 kes jangkitan dan 26 kematian. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!