Dua lelaki nyaris maut kereta masuk parit

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Kemuning, Kota Kemuning, di sini, pada Ahad.
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Kemuning, Kota Kemuning, di sini, pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dua lelaki nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Kemuning, Kota Kemuning, di sini, pada Ahad.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor telah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.42 pagi.

"Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerah ke lokasi yang sejauh sembilan kilometer (km)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Wan Md Razali berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira telah terbabas ke dalam parit.

"Terdapat dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun yang terperangkap di dalam kereta telah berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba.

"Lelaki berusia 28 tahun cedera di tangan, manakala seorang lagi cedera di bahu, mereka telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: