Switzerland buktikan mampu dominasi pasukan gergasi

Pemain Switzerland meraikan kejayaan mara ke suku akhir. Foto EPA
Pemain Switzerland meraikan kejayaan mara ke suku akhir. Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Switzerland, Murat Yakin teruja dengan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas penyandang juara Itali di pusingan 16 terbaik Euro 2024 pada awal pagi Ahad.

Mereka mara ke suku akhir buat kali kedua dalam sejarah negara itu melalui jaringan Remo Freuler dan Ruben Vargas yang mengiringi persembahan mengagumkan di Berlin.

"Hanya ada pasukan yang bagus di Euro, kami tidak tewas dalam peringkat kumpulan dan bermain dengan baik, dan perlawanan Jerman menunjukkan kami boleh bersaing dengan pasukan seperti itu.

"Kami menghantar isyarat penting malam ini dengan permainan yang kami mainkan. Kami bukan sahaja bersatu dan bertahan sebagai satu unit dan duduk di belakang, kami menunjukkan kami boleh menyerang dan mendominasi," katanya.

Penyokong Switzerland meraikan kegembiraan bersama pemain selepas menamatkan badi kemenangan ke atas Itali sejak 1993.

"Ia benar-benar membuatkan kami teruja dan ia situasi amat menggembirakan.

"Semua sokongan ini menunjukkan kami berada di landasan yang betul dan melakukan perkara dengan cara yang betul. Kami berhak untuk berada di sini tetapi misi belum selesai lagi," katanya.

Switzerland akan menanti pemenang antara England atau Slovakia yang akan menjadi lawan mereka di suku akhir.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!