PM Anwar dahului penerima darjah kebesaran Kedah

Sultan Sallehuddin mengurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) kepada Anwar pada Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, di sini, pada Ahad. Foto Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah
Sultan Sallehuddin mengurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) kepada Anwar pada Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, di sini, pada Ahad. Foto Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 238 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad.

Anwar dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) pada Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, di sini.

Sultan Sallehuddin berkenan mengurniakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dengan Darjah Datuk Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK).

Baginda berkenan menganugerahkan Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGWK) kepada Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin;Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Mohd Azam Abd Samat; Ketua Pegawai Eksekutif AFK Group,Tan Sri Dr Azmil Khalili Khalid dan Kolonel Datuk Mohd Aros Bin Othman (B) menerima Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk.

Antara sembilan penerima Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) membawa gelaran Datuk termasuklah Pegawai Daerah Kota Setar, Hakim Ariff Md Noor; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah,Dr Nadzman Mustaffa; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Datuk Dr Ching Thoo a/l Kim.

Turut menerima darjah sama, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Professor Dr Mohd Foad Sakdan; Pengerusi Lembaga Pengarah UUM Holdings Sdn Bhd,Mohd Zuhri Abdullah; Pengarah Perubatan Klinik Pakar Mata Abdul Razak Sdn Bhd, Dr Abdul Razak KV Koyakutty dan Pengerusi Majlis Guru Pondok (HESA) Kedah, Abdullah Lebai Samah.

Turut dianugerahi DSDK, Pengarah Yiked Bina dan Tanjung Digital, Mohd Azam Saad dan Presiden Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Kedah, Ang Saik Cheong.

Artikel Berkaitan:

Sultan Sallehuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Datuk Setia Pahlawan (DDSP) membawa gelaran Datuk kepada empat penerima termasuklah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Zambery @ Jefry Darus; Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Abdul Aziz Abu Hassan;Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia Kementerian Pertahanan Malaysia, Brigedier Jeneral Saipol Anuar Jaafar dan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh.

Baginda memperkenankan menganugerahan Setia Diraja Kedah (SDK) kepada 13 penerima iaitu Pegawai Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin;Pegawai Daerah Pokok Sena, Mohamad Rizal Mohamad Radzi; Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr Fauziah Abdul Wahab; Setiausaha Bahagian Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Noorazah Omar dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Norizan Ahmad.

Turut dianugerahkan SDK termasuklah Pakar Perunding Kanan Pediatrik (Kanak-Kanak) HSB,Dr N. Thiyagar; Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Dr K. Sushilanathan; Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan), Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Shukri Mat Akhir dan Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kedah, Wan Ishak Soed.

Setiausaha Kehormat Majlis Kebajikan Negeri Kedah (MKNK), Faridah Ahmad; Perunding Penasihat Heera Trading dan Management Consultancy Plt, Leftenan Kolonel (B) Heera Singh Tara Singh;Setiausaha Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Pang Hu Kong dan Pengurus Besar Fox Custom Tailor Sdn Bhd, Chau Tai Chuon turut menerima SDK.

Baginda turut memperkenankan Penganugerahan Bintang-Bintang Dan Pingat-Pingat Kebesaran Ahli Mahkota Kedah (AMK) dianugerahkan kepada 32 penerima; Ahli Setia Pahlawan (ASP) dianugerahkan kepada 11 penerima; Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) dianugerahkan kepada 15 penerima dan Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) dianugerahkan kepada 52 penerima.

Sultan Sallehuddin turut berkenan menganugerahkan Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) kepada 20 penerima; Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK) kepada 35 penerima; Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 19 penerima serta Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) kepada 20 penerima.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!