Argentina tetap garang tanpa Messi

Pemain Argentina meraikan jaringan Martinez ketika pertemuan dengan Peru. Foto AFP
Pemain Argentina meraikan jaringan Martinez ketika pertemuan dengan Peru. Foto AFP
A
A
A

ARGENTINA mengekalkan persembahan sempurna mereka dalam aksi Copa America walaupun tanpa ketiadaan Lionel Messi ketika menewaskan Peru 2-0 di Miami.

Lautaro Martinez menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan yang memastikan Argentina mara ke suku akhir sebagai juara Kumpulan A.

Messi diketepikan selepas kecederaan hamstring selain jurulatih, Lionel Scaloni menjalani penggantungan satu perlawanan.

Gol pertama Martinez hadir selepas rehat separuh masa apabila menyempurnakan bola hantaran Angel Di Maria sebelum penyerang Inter Milan itu sekali lagi mempamerkan ketajaman menerusi gol kedua pada minit ke-86.

“Ia sukar pada separuh masa pertama kerana mereka bertahan dengan baik, tetapi gol pertama membuka permainan.

"Ada banyak lagi yang akan kami persembahkan," katanya.

Martinez kini telah menjaringkan gol dalam empat penampilan berturut-turut untuk Argentina dan menikmati rentak terbaiknya.

“Setiap kali saya memakai baju ini, setiap sesi latihan, setiap ceramah pasukan, saya menikmatinya,” kata Martinez.

Artikel Berkaitan:

Argentina akan menentang naib juara Kumpulan B pada suku akhir di Houston Khamis depan dan berkemungkinan bertemu Ecuador atau Mexico.

Dalam perlawanan Kumpulan A yang lain Sabtu lalu, Kanada menahan juara Copa America 2015 dan 2016, Chile dengan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!