Hutan terbakar di Turkiye, penduduk diarah pindah

Kebakaran hutan membabitkan tiga lokasi di wilayah barat Türkiye, Izmir menyebabkan beberapa kawasan kediaman terpaksa dikosongkan.
Kebakaran hutan membabitkan tiga lokasi di wilayah barat Türkiye, Izmir menyebabkan beberapa kawasan kediaman terpaksa dikosongkan.
A
A
A

ISTANBUL - Kebakaran hutan pada Sabtu membabitkan tiga lokasi di wilayah barat Türkiye, Izmir menyebabkan beberapa kawasan kediaman terpaksa dikosongkan.

Menurut Xinhua memetik penyiar TRT milik kerajaan, kebakaran itu berpunca dari daerah Menderes, Selcuk dan Cesme.

Anggota bomba sedang giat memadam kebakaran dengan menggunakan kaedah udara dan darat.

TRT melaporkan bahawa seluruh kejiranan Camonu dan beberapa rumah di kawasan hutan Menderes telah dikosongkan.

Sementara itu, kebakaran di kawasan berumput menyebabkan penutupan sementara lebuh raya yang menghubungkan Izmir ke pusat peranginan popular di Cesme.

Kebakaran juga menimbulkan ancaman kepada Selcuk yang terkenal dengan bandar purba Ephesus, antara destinasi pelancongan yang paling popular di Türkiye.

Kementerian Pertahanan Negara mengumumkan di platform X bahawa tiga helikopter jenis Cougar dan dua helikopter jenis CH-47 milik angkatan tentera dikerah bagi menyokong usaha memadam kebakaran di Izmir. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!