Tiada kenaikan harga gula - Fuziah

Fuziah
Fuziah
A
A
A

SUNGAI BAKAP - Tiada sebarang kenaikan harga gula yang akan dibuat setakat ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh bagi menjawab spekulasi kenaikan harga bahan itu susulan permintaan pihak industri.

Menurutnya, pihak industri memohon kenaikan itu dengan alasan mereka mengalami kerugian sebanyak 88 sen bagi setiap kilogram gula yang dikeluarkan.

"Mereka mohon untuk naikkan harga tapi apa yang kerajaan buat adalah berikan insentif bernilai RM42 juta sebulan kepada syarikat-syarikat gula ini untuk stabilkan bekalan.

“Jadi apa yang boleh saya tegaskan di sini berita spekulasi kenaikan harga gula itu berlaku April lalu dan Kabinet tidak membuat sebarang keputusan mengenainya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.

Terdahulu, Fuziah menghadiri Program Hari Terbuka MySubsidi Diesel Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sungai Bakap di sini.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata, kerajaan juga belum membuat keputusan berhubung tempoh pemberian insentif itu kepada pihak industri gula.

“Setakat ini pembelian insentif itu masih berjalan dan tiada tempoh sampai bila ia akan diberikan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada April, media melaporakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kenaikan harga kawalan gula daripada RM2.85 sekilogram ketika ini selain isu subsidi gula antara sedang difikirkan menerusi mekanisme baharu penentuan harga yang akan diputuskan pada Jun depan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penyelesaian perkara berkenaan bukan suatu yang mudah terutama sekiranya melibatkan kenaikkan harga kawalan.

Katanya, pelbagai aspek perlu ditimbangkan tetapi isu ini sudah berlarutan agak lama. Malahan rayuan menaikkan harga kawalan oleh dua pengeluar utama gula di negara ini bermula sejak 2021 lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!