Aura Ku Li mampu bantu BN tawan DUN Nenggiri

UMNO Kelantan yakin pengalaman dimiliki Tengku Razaleigh mampu membawa kemenangan di Nenggiri.
UMNO Kelantan yakin pengalaman dimiliki Tengku Razaleigh mampu membawa kemenangan di Nenggiri.
A
A
A

KOTA BHARU - UMNO Kelantan melihat pelantikan pemimpin veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah tepat.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, pihaknya menyakini pengalaman yang dimiliki oleh Tengku Razaleigh dalam arena politik selain jawatan yang disandang veteran tersebut sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

“Pemilihan Tengku Razaleigh sangat bertepatan dengan keadaan semasa kerana sudah tentu beliau lebih tahu senario dan mahir akan selok-belok geopolitik di Gua Musang.

Noor Hariri
Noor Hariri

“Pengalaman beliau sudah tentu mampu mengatur gerak kerja dan menyusun jentera parti untuk membawa kemenangan kami di Nenggiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurut beliau, pihaknya kekal optimis Barisan Nasional (BN) atau mana-mana parti dari kerajaan akan menang di DUN Nenggiri.

“Sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 mungkin rakyat memilih dalam keadaan emosi selain termakan dengan fitnah pembangkang.

“Kali ini, rakyat Gua Musang terutama di Nenggiri sudah menyedari yang lebih baik itu adalah parti daripada pihak kerajaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada pilihan raya negeri Kelantan Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada calon Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Mohd Azizi Abu Naim yang bertanding di bawah tiket Pas dengan majoriti 810 undi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!