Lori sampah buat 'u-turn' lari sekatan JPJ

JPJ Selangor melaksanakan Op HRAA di Plaza Tol KLIA, Sepang pada Ahad.
JPJ Selangor melaksanakan Op HRAA di Plaza Tol KLIA, Sepang pada Ahad.
A
A
A

SEPANG - Sebuah lori sampah bertindak membuat pusingan U secara berbahaya di Plaza Tol KLIA, di sini, selepas melihat sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pada Ahad.

Itu antara tindakan berbahaya yang dikesan semasa pelaksanaan Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) bermula jam 9.30 pagi.

Sinar Harian yang mengikuti operasi selama dua jam itu mendapati pemandu lori terbabit memberhentikan kenderaannya beberapa minit di bahu jalan sebelum tol.

Kemudian, lori itu terus membuat pusingan U dan berpatah balik bagi mengelak ditahan JPJ Selangor.

Antara pemandu kenderaan yang diperiksa dalam Op HRAA di Plaza Tol KLIA, Sepang pada Ahad.
Antara pemandu kenderaan yang diperiksa dalam Op HRAA di Plaza Tol KLIA, Sepang pada Ahad.

Selain itu, tindakan arah periksa turut dikenakan ke atas kenderaan perkhidmatan awam kerana kesalahan cermin gelap selain cermin retak.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi itu menyasarkan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perdagangan.

"Operasi ini telah mengeluarkan 16 saman atas pelbagai kesalahan teknikal seperti tiada reflektor, tidak selenggara kenderaan dan memasang tirai cermin sisi.

Artikel Berkaitan:

Op HRAA di Plaza Tol KLIA, Sepang menyasarkan kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan.
Op HRAA di Plaza Tol KLIA, Sepang menyasarkan kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan.

"Lima kesalahan turut dikesan membabitkan tiga kes cermin retak dan dua cermin gelap," katanya.

Tegasnya, JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!